Friday, February 13, 2009

PKK ??

PKK adalah singkatan bagi Pusat Khidmat Kontraktor.
Ia menawarkan servis2 yg berkaitan lesen dan kontrak kpd kontraktor

Berikut adalah senarai servis PKK..

1) Semakan Pendaftaran
2) Semakan Status Permohonan
3) Bayaran Melalui Internet Banking
4) Direktori Kontraktor Berdaftar
5) Senarai Kontraktor Senarai Hitam

LPKP2U ??

LPKP2U merupakan salah satu servis atas talian MeCD.
Ia membekalkan perkhidmatan utama seperti:

- Pendaftaran ID
- Permohonan Mempebaharui Lesen
- Semakan Status Permohonan
- Semakan Kes Penguatkuasaan
- Semakan Status Lesen
- Semakan Maklumat Kenderaan
- e-aduan
- makluman-makluman dari LPKP
- berita yang berkaitan dengan LPKP.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah untuk kegunaan umum khususnya seperti Pemilik Lesen, Wakil Syarikat dan Pekerja Syarikat.


Objektif, Visi&Misi, Motto..

OBJEKTIF

Objektif utama Kementerian adalah untuk menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

VISI

Kewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) dan koperasi yang berkualiti untuk membantu mecapai Wawasan 2020.

MISI

Membantu mewujudkan usahawan Bumiputera yang berkualiti.



MOTTO

"Keusahawanan Kerjaya Pilihan"-9/10 Punca Rezeki Melalui Perniagaan

Rasional Logo MeCD






Rasional Logo

Perancangan yang rapi dan teliti menjadi asas di dalam melahirkan masyarakat usahawan yang berbudaya serta berkualiti. Kombinasi titik-titik merah dan biru melambangkan rangkaian penyatuan usahawan mencapai matlamat mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang berkualiti.

Gerakan formasi anak panah menjadikannya lebih progresif, inovatif dan dinamik serta pendorong kepada mewujudkan masyarakat usahawan yang berdaya saing dan kental di dalam semua sektor. Usaha mewujudkan budaya keusahawanan ini akan kekal sebagai peranan utama Kementerian ke arah mencapai wawasan negara.

Abjad 'U' adalah merupakan simbol kepada usahawan bercantum dengan grafik anak panah melambangkan kecemerlangan kementerian (MeCD). Kedua-dua gabungan ini bukan sahaja mencetuskan nilai estetika malah menonjolkan komitmen organisasi dalam memperkembangkan keusahawanan kerjaya pilihan.

Bahagian2 MeCD

Berikut merupakan bahagian utama di dalam MeCD..

1) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
2) Bahagian Pembangunan Koperasi
3) Bahagian Pembangunan Perniagaan(PN)
4) Bahagian Pengurusan Maklumat (PM)
5) Bahagian Program dan Projek Pembangunan (PP)
6) Bahagian Francais
7) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (SM)
8) Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
9) Bahagian Promosi dan Pemasaran (Bhg M)
10) Bahagian Perancangan dan Penilaian (RN)
11) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
12) Pejabat dan Cawangan LPKP

Apakah peranan MeCD ?

Peranan MECD

Peranan MECD bersama jabatan dan agensinya adalah penting untuk memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus utama kegiatan ekonomi negara dan seterusnya membantu mencapai sasaran pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera pada tahun 2020. MECD dan agensi-agensi dibawahnya berperanan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau programprogram pembangunan usahawan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  • Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan usahawan;

  • Melaksana, menyelaras dan memantau program-program pembangunan keusahawanan di peringkat Persekutuan dan Negeri;

  • Mengenalpasti dan membangunkan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan;

  • Memudahcara, membimbing serta memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal usahawan;

  • Mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan agensi-agensi kerajaan, institusi penyelidikan serta pihak swasta meliputi bidang R&D, kualiti, piawaian, pengurusan, pemindahan teknologi dan pemasaran untuk membangunkan usahawan;

  • Membantu pembangunan usahawan dalaman (intrapreneurship) oleh agensi-agensi di bawah MECD;

  • Mengkaji semula peranan dan keberkesanan gerakan koperasi sebagai salah satu strategi pembangunan usahawan serta penjana pembangunan ekonomi negara; dan

  • Merangka cadangan penubuhan SKM bagi memastikan kedudukan kewangan dan sistem operasi koperasi adalah kukuh dan selamat, memastiakan kestabilan sektor koperasi serta menggalakkan pembangunan sektor koperasi yang terancang dan mapan.

Apakah itu MeCD??

Penubuhan MeCD

Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) telah ditubuhkan pada tahun 2004 berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera. Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam (KPPA) pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976. KPA bertanggungjawab untuk mengawas dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.